Friday, November 19, 2010

PENGENALAN

PENGENALAN


Masalah kerosakan tanaman oleh ternakan kerbau, lembu dan kambing yang dipelihara secara lepas bebas dan kerosakan oleh haiwan liar
seperti babi hutan, gajah dan kera menjadi masalah utama kepada pengusaha tanaman.

Pagar dawai duri, dawai jaring, pukat dan pagar chain link sering digunakan untuk mengatasi masalah ini. Penggunaan pagar dawai duri dan dawai jaring didapati berkesan bagi mengawal ternakan tetapi tidak tahan lama kerana mudah berkarat dan kurang berkesan bagi mengawal babi hutan, kera dan gajah. Pagar pukat terdedah kepada kebakaran. Pagar chain link kosnya terlalu mahal.

Terdapat satu kaedah baru yang cukup berkesan, murah tahan lama, tahan karat, tahan api dan dapat mengawal pelbagai jenis haiwan kecil dan besar iaitu ” Pagar Elektrik ”.

Pagar Elektrik telah lama digunakan di negara kita di Rancangan Tanah FELDA bagi mengawal gajah di ladang kelapa sawit. Teknologi ini dibawa dari New Zealand. Di New Zealand pagar elektrik digunakan dalam industri ternakan. Di Malaysia penggunaan pagar elektrik lambat berkembang mungkin disebabkan kebanyakan pengusaha pertanian bersekala kecil dan keadaan tidak terdesak. Pengguna utama ialah negeri Kelantan. Mengikut statistik Jabatan Pertanian pada tahun 2006, terdapat lebih 200 unit pagar elektrik digunakan oleh petani kecil diseluruh Kelantan.

Sejak akhir-akhir ini, didapati masalah kerosakan tanaman akibat babi hutan dan kera semakin serius dan menjadi masalah dimana-mana. Penyelesaiannya adalah Pagar Elektrik. Ia boleh direka bentuk untuk mengawal haiwan yang kecil atau besar atau pelbagai jenis haiwan.


Adakah Pagar Elektrik merbahaya kepada manusia ?

Pagar Elektik tidak merbahaya kepada manusia tetapi mestilah menggunakan komponen-komponennya yang betul dan tidak diubahsuai.

PENGALAMAN :
lebih 10 tahun menceburkan diri dalam bidang ini . menjalankan kerja pemasangan pagar elektrik untuk tanam semula Kesedar dan Felda Gua Musang .

TAWARAN HARGA :
(1) UNTUK 3 LINE - RM 12.50/METER
(2) UNTUK 4 LINE - RM 16.00/METER
( BERDASARKAN PERMUKAAN TANAH DI LADANG )

No comments:

Post a Comment